AFC News

FIFA.com - Latest News

groupbolasepak.blogspot.com :- Digest Number 1647

There are 4 messages in this issue.

Topics in this digest:

1a. File - 2011
From: Bolasepak@yahoogroups.com

2.1. File - Prriiitttt
From: Bolasepak@yahoogroups.com

3. Fw: Koleksi Underwater freshwater
From: :: eSpAcE 9808 ::

4. Fw: FAM bukalah matamu...
From: :: eSpAcE 9808 ::


Messages
________________________________________________________________________
1a. File - 2011
Posted by: "Bolasepak@yahoogroups.com" Bolasepak@yahoogroups.com
Date: Sun Dec 12, 2010 3:35 am ((PST))


Marilah kita beramai-ramai menyertai 2 Liga Fantasi group Bolasepak. Ianya PERCUMA !!!. Takkan tak berminat nak menjadi manager beb !!!

Cara Untuk Menyertai

1. Masuk website ni http://fantasy.premierleague.com/
2. Klik "Register"
3. Masukkan segala data……
4. Selepas tu log-in masukan User name & password…
5. Anda akan menerima 100 juta pound sterling untuk membeli 15 pemain dari mana-mana kelab EPL
6. Klik "Submit"

Tahun ni kita ader 2 liga seperti kat bawah

--------------------------------------------------------

Classic leagues

In a classic league your overall score is ranked against all other players in the league.

Jom join kat http://fantasy.premierleague.com .Kod 2010/2011 Bolasepak Pro League: 283693-74899 .

--------------------------------------------------------

Head to Head leagues

In a head to head league you play a game each gameweek against another team in the league. Your score versus your opponent's score. 3 points for a win and 1 points for a draw.

(BPL Pro 1) 2010/2011 Code to join this league: 283693-75104

Yang ni tahun depan dah boleh buat division 

--------------------------------------------------------

Kita boleh mengubah dan melihat ranking di "League" samada naik atau turun.

Selamat berjaya menjadi "Manager". Jangan lupa membaca "Term & Condition"

Nota: Kepada mereka yang pernah mendaftar sebelum ini, boleh menggunakan akaun anda semula. Cuma pernah dikemaskini.


Messages in this topic (16)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
2.1. File - Prriiitttt
Posted by: "Bolasepak@yahoogroups.com" Bolasepak@yahoogroups.com
Date: Sun Dec 12, 2010 3:35 am ((PST))


Prriiitttt.....baca dulu beb

Dah kena KAD KUNING ?. Tak boleh post mesej ?. Ha... dah cakap jangan main kasar, nak jugak main kasar. Moderator dah cakap hantar citer bola jer, yang korang pi hantar email skim la, iklan la.. ishh.. kan dah tak boleh post. Nasib baik tak kena kad merah. Kalau kena langsung tak boleh masuk group dah kena ban.

Pada kengkawan group yang tak perlu ditapis mesej/email, pasal moderator dah beri KEPERCAYAAN kat korang, janganlah cuba hantar email selain bola. Group ni group bola, kita citer bola la yer. Kang tak pasal2 kena amaran ditarik keistimewaan tanpa melalui tapisan moderator.

Orang baru yang join group Bolasepak ni memang kena tapis la email yang memula. Takper nanti korang pun boleh post terus tanpa penapisan moderator. Dapatkan KEPERCAYAAN moderator dulu.

Yang dah kena kad kuning tu, boleh email ke Bolasepak-owner@yahoogroups.com kalau nak main balik kat dalam ni. Mungkin korang tak sengaja atau cuba2, manalah tahu moderator baik hati... lepaskan email atau dah terlepas.. hehehe. Takkan korang tak tahu KEPUTUSAN PENGADIL ADALAH MUKTAMAD.

Okeyla, takmo citer panjang2, nanti korang boring pulak. Kita citer bola, main bola, minum bola, makan bola, tido bola, bini bola ??? HaaHH . Habis laki tak bola ??. HAHAHAHA. Okeyla gua blah dulu... korang jangan blah pulak.. nanti Moderator citer bola sorang2... macam ni tak boleh jadi ....blah..blah ...blah

Messages in this topic (184)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
3. Fw: Koleksi Underwater freshwater
Posted by: ":: eSpAcE 9808 ::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Date: Sun Dec 12, 2010 6:25 am ((PST))


Koleksi Underwater freshwater (Selam punya!)
by stone anglerina

Lokasi: Kemensah, Hulu Kelah
Pot : Lubuk Kota Batu
Alat foto: Nikon Coolpix L11 (kompak 6mp jer!)
Casing Underwater: Glass 1.5"

Asik2 tgk gambo ikan atas darat aja tercungap2 x dpt oksigen... Jadi kali nih tgk camna ikan fav kite dlm air lak ....

IKAN KELAH BIRU ( tor Douronensis)

IKAN TOMAN BUNGA/Jelai, Jaloi, Kuang, Kerandang (C. marulloides)

IKAN TOMAN (Channa micropeltes)

IKAN SEBARAU (Hampala macrolepidota)

IKAN JELAWAT (leptobarbus hoeveni)

IKAN KALOI (Lacepede Osphronemus)

IKAN LAMPAM/ Tin Foil Barb (Puntius schwanenfeldii)

Location: Sg. Tuk Molor, Terengganu
by her last whisper »

tah ikan mender tah nih...awk org label r sndirik.....


by roy »
sedikit oleh-oleh...


sebarau


tengas


by Rapala »

mengkalO x silap yang nieh AROPAIMA kan....

by Rapala »


ikan pelaga


Piranha


Pencilfish


Melanotaenia lacustris (rainbow, melanotaenia, lacustris)


Arowana Super Red


Flowerhorn/Louhan


Guppy Neon Tuxedo Albino


Red Slayer


by berocat »

teman tambah sikit...

ikan gigi boye,

ikan patin,

ikan kelah merah,

ikan belida,

ikan temoleh,

kerapu tikus..muehehehe

ikan kembang kincup


Messages in this topic (1)
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
4. Fw: FAM bukalah matamu...
Posted by: ":: eSpAcE 9808 ::" rienacom@yahoo.com.sg rienacom
Date: Sun Dec 12, 2010 6:48 am ((PST))


FAM bukalah matamu...

kedahlanie
Memo untuk FAM


BRENDAN adalah antara pemain Malaysia yang kini beraksi dengan Sydney FC dalam Liga Australia.

--------------------------------------------------------------------------

SEDAR atau tidak, Malaysia sebenarnya mempunyai beberapa pemain berbakat yang sedang menimba ilmu di luar negara.
Adakah Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menyedarinya atau 'buat-buat' tak sedar?

Minggu lalu, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan mengambil jalan pintas dalam program pembangunan atlet dan komited mahu melahirkan atlet bertaraf dunia dari kalangan rakyat tempatan.

Beliau mengeluarkan penjelasan tersebut seba- gai respons terhadap cadangan menggunakan khidmat pemain negara lain bagi mewakili pasukan kebangsaan khususnya bola sepak.

Pendirian Ahmad Shabery itu mendapat sokongan daripada beberapa peminat sukan tempatan yang mahu melihat kecemerlangan sukan negara seha- rusnya digalas oleh anak tempatan.

"Saya sebagai warganegara Malaysia bersetuju dengan kenyataan Datuk Shabery mengenai perkara ini," jelas seorang peminat, Ghzalie Zali yang meluahkan pandanganya melalui e-mel kepada Kosmo!

Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan mengimport ahli sukan kerana ia bukan produk tulen yang dilahirkan oleh negara.

Katanya lagi, sejak beberapa hari lalu, ramai di kalangan peminat bola sepak tempatan membica- rakan kewajaran menggunakan khidmat pemain negara lain bagi mewakili pasukan kebangsaan khususnya bola sepak.

"Langkah tersebut tidak wajar kerana Malaysia tidak ketandusan ahli sukan berwibawa. Cuma yang kurangnya, persatuan sukan kebangsaan tidak berfungsi dengan baik untuk melahirkan atlet berwibawa," jelasnya.

Dalam sukan bola sepak, terdapat ramai anak tempatan yang mula melakar nama dengan kelab- kelab terkemuka di luar negara.

FAM sebagai badan induk bola sepak di negara ini seharusnya melakukan sesuatu untuk mencari anak tempatan ataupun yang berdarah Malaysia sedang bermain di luar negara.

Mereka ini harus dibawa balik ke bumi Malaysia untuk memperkuatkan skuad kebangsaan yang masih mengalami nasib terumbang-ambing di pentas antarabangsa.

Beberapa pemain tempatan yang dikenal pasti sedang menimba ilmu di luar negara adalah Brendan Gan, Takashi Takeda, Nicholas Chan, Tham Sheang Sung dan Ash Hameed.

Brendan dilahirkan pada 3 Jun 1986 di Suther- land Shire, Sydney, Australia dan bapanya berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.

Brendan disebut-sebut sebagai salah seorang pemain paling berbakat di Australia yang mewakili kelab Sydney FC dan bermain di posisi midfield.

Takashi Takeda pula dilahirkan pada 27 Julai 1986 di Pulau Pinang dan kini bermain dalam Liga Jepun (Liga-J Divisyen 2) dengan kelab Fagiano Ogayama FC dan bermaian di posisi pertahanan tengah dan bek kanan.

Nicholas Chan, 19, adalah anak kepada pemilik kelab Cardiff City iaitu Datuk Chan Tian Ghee.

Dia dianggap pemain serba boleh yang menjana bahagian tengah.

Tham Sheang Sung pula merupakan anak kepada pasangan Tam Yung Tong (bapa) dan Ang Hui Chin (Ibu) yang berumur 15 tahun bermain di Liga J (Divisyen 2) dengan kelab FC Yokohama.

Ash Hameed, 13, yang berasal dari Selangor kini dikatakan telah mengikat kontrak selama 2 tahun bersama pasukan Queens Park Rangers (QPR).

Bapanya pernah bermain bersama skuad belia negara dan Selangor pada tahun 1988 hingga 1990.

Apa yang diharapkan adalah agar FAM membuka mata dan memantau perkembangan pemain-pemain terbabit yang boleh menjadi aset kepada skuad kebangsaan.

Mereka adalah pemain-pemain yang berbakat dan negara akan kerugian andainya pemain-pemain tersebut hilang begitu sahaja.

Persoalannya, mahukah pemain-pemain ini beraksi dalam liga tempatan yang kurang menyediakan persaingan berbanding di Jepun dan England?


Messages in this topic (1)

-------------------------------

Classic leagues

In a classic league your overall score is ranked against all other players in the league.

Jom join kat http://fantasy.premierleague.com .Kod 2010/2011 Bolasepak Pro League: 283693-74899 .

-------------------------------

Head to Head leagues (Limit 38 Player)

In a head to head league you play a game each gameweek against another team in the league. Your score versus your opponent's score. 3 points for a win and 1 points for a draw.
(BPL Pro 1) 2010/2011 Code to join this league: 283693-75104


================================
Ceritakan mengenai pasukan anda, pemain pujaan anda atau apa saja asalkan ia adalah mengenai "BOLASEPAK". Email selain dari sukan bolasepak boleh menyebabkan anda dikenakan KAD KUNING atau MERAH dari group ini !!!.

Join (Email): Bolasepak-subscribe@yahoogroups.com
Laman Group : http://groups.yahoo.com/group/Bolasepak
Laman Web : http://www.bolasepak.pdniaga.com

=============================================

Senarai Web:
http://www.directory.pdniaga.com
http://lovesonglyric.blogspot.com
http://www.delirik.blogspot.com
http://adsadvertising.blogspot.com
http://www.campaign.pdniaga.com
http://www.country.pdniaga.com
http://www.demo.pdniaga.com
http://www.download.pdniaga.com
http://www.lyrics.pdniaga.com
http://www.topkeyword.pdniaga.com
http://interniaga.com/index/
http://www.dir.pdniaga.com
http://www.articles.pdniaga.com
http://www.simple.pdniaga.com
http://video.pdniaga.com
http://www.blog.allmp3file.com
http://www.auto.pdniaga.com
http://www.semasa.pdniaga.com
http://www.empay4u.com
http://www.interniaga.com
http://www.janaiklan.com
http://www.kadkahwin.biz
http://www.kadnama.com
http://www.kaunsel.org
http://www.lirikpopular.com
http://www.myplacelyric.com
http://www.pdniaga.com
http://topmp3video.com
http://waksoya.com
http://allmp3file.com

------------------------------------------------------------------------
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Bolasepak/

<*> Your email settings:
Digest Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Bolasepak/join
(Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
Bolasepak-normal@yahoogroups.com
Bolasepak-fullfeatured@yahoogroups.com

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
Bolasepak-unsubscribe@yahoogroups.com

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/

------------------------------------------------------------------------