AFC News

FIFA.com - Latest News

File - Intro.txt

Group ini dibuka untuk semua peminat bolasepak tempatan (M-League) mahupun luarnegara.
Disini anda bebas memberikan pendapat, kritikan, pandangan dan apa saja mengenai bolasepak.
Cerita mengenai pasukan anda atau pemain pujaan anda...apa saja asalkan ia adalah mengenai
"BOLASEPAK". Email selain dari sukan bolasepak boleh menyebabkan anda dikenakan KAD KUNING atau
MERAH dari group ini !!!.

Luahkan pendapat anda kepada FAM dan persatuan negeri. Kepada semua peminat bolasepak seluruh
Malaysia, sama-sama berbincang dan berkongsi maklumat mengenai bolasepak tempatan,luar negara dan
antarabangsa.

Jadikan juga arena untuk semua team dan pemain bolasepak amatur di Malaysia. Anda boleh merancang
perlawanan persahabatan dengan rakan-rakan group dari masa ke semasa.

Dapatkan berita terkini,jadual,keputusan dan kedudukan pasukan serta statistik perlawanan dalam
Liga Malaysia, England, Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda dan sebagainya.

Di sini juga kita boleh mengulas/membicarakan secara terperinci fakta2 perlawanan yang melibatkan
pasukan yang diminati.

Samada anda penyokong pasukan negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak, Sabah & Brunei ataupun
penyokong pasukan-pasukan kelab yang semakin menyengat seperti Johor FC, MPPJ Selangor,JKR Kedah,
PKNS Selangor, Public Bank Selangor, MK LAnd Selangor, Telekom Melaka, TNB Kelantan, JKR Kelantan,
SKMK Kelantan, pasukan Polis & Tentera dan lain-lain lagi, anda semua dialukan.

Bersama memeriahkan bolasepak kita!