AFC News

FIFA.com - Latest News

www.Bolasepak.pdniaga.com Digest Number 1401

Messages In This Digest (1 Message)

1.
Aidil & Zaquan From: PD Niaga

Message

1.

Aidil & Zaquan

Posted by: "PD Niaga" pdniaga@gmail.com   pdniaga

Sat Jul 26, 2008 12:05 pm (PDT)

Ko 2 orang ni jgn terlebih glamer dah la

----------------------------------------------

Petikan Berita Harian

Pesona Aidil & Zaquan

http://www.bharian.com.my/Saturday/Xy/20080726112600/mainpix

MEREKA sudah menggapai puncak kemasyhuran. Menyarung jersi kebangsaan,
'saham' kembar sensasi, Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Zaquan Adha melonjak
tinggi. Kenali pasangan kembar idaman gadis ini sambil mencungkil
personaliti dan isi hati mereka.

KELIBAT kembar seiras ini nyata mencuri tumpuan siapa saja. Susuk tubuh
tinggi dan tegap, dianugerahi pula wajah kacak kemelayuan dan bijak bergaya
- semuanya umpama pakej lengkap buat Aidil Zafuan dan adiknya, Zaquan Adha.
Tidak hairan populariti dua jejaka ini sehangat aksi tangkas mereka di
padang bola.

Pada usia muda, kembar ini sentiasa diburu masa. Celik mata, Aidil Zafuan
dan Zaquan Adha perlu penuhi tuntutan jadual perlawanan bola sepak serta
latihan kecergasan. Malah, kesibukan kembar ini menyebabkan sesi fotografi
bersama XY - Ikon Lelaki terpaksa ditunda berkali-kali.

Penantian untuk 'mengikat' Aidil Zafuan dan Zaquan Adha akhirnya terjawab
petang Khamis lalu apabila mereka sudi untuk menjayakan sesi fotografi di
Berita Harian. Menyarung persalinan tuksedo daripada Lord's Tailor bagi
mencari kelainan, aura gaya pasangan remaja ini begitu menyerlah. Begitu
juga pose selamba mereka ketika menggayakan persalinan Nike.

Aidil Zafuan agak pendiam, adiknya pula, Zaquan Adha 'nakal' lantas mencuit
perhatian lensa jurufoto Yahaya Hashim yang dibantu Hasriyashah Sabudin.
Sambil memuji pose mereka berdua, berkali-kali jugalah nama mereka disalah
sebut.

"Senario begini sudah biasa bagi kami. Malah, sehingga sekarang emak
kadang-kadang keliru yang mana abang dan yang mana satu adik. Tetapi kalau
lihat secara fizikal, saya memiliki tahi lalat di bahagian pipi kanan dan
sedikit kurus berbanding Abang Chik (panggilan buat Aidil Zafuan)," kata
Zaquan Adha.

http://www.bharian.com.my/Saturday/Xy/20080726112600/mainpix2

Aidil (atas) dan Zaquan.

Wajah mereka yang seiras nyata mengundang hilai tawa di studio fotografi
Berita Harian. Tidak cukup gambar di studio, mereka berdua sporting melayan
sesi fotografi bertukar lokasi di padang futsal di tingkat atas Balai
Berita. Kemesraan mereka berdua bagaikan isi dengan kuku.

Ditanya sejauh mana keakraban hubungan mereka, kata Zaquan Adha, sehingga
saat ini beliau masih boleh merasai perasaan dan emosi pasangan kembarnya
itu. Malah, berkali-kali juga mereka berdua secara spontan menyebut atau
memperkatakan sesuatu perkara serentak.

"Tetapi kami sendiri mengakui sampai bila akan bersama sebegini. Mungkin
secara kebetulan kami bersama dalam sukan bola sepak dan bermain dalam kelab
bola sepak yang sama. Kami tetap akur tiba masanya masing-masing tidak akan
selalu bersama," sampuk Aidil Zafuan.

Meskipun begitu, Aidil Zafuan yakin mereka berdua tetap akrab biarpun suatu
ketika nanti akan berumahtangga.

Ditanya perangai masing-masing, Aidil Zafuan berkata, beliau lebih mengalah
kepada Dik Wan (panggilan buat Zaquan Adha) sejak dulu lagi. Malah, mengakui
Zaquan Adha memiliki karektor lebih kasar.

Zaquan Adha pula berkata, abangnya lebih pendiam. Mereka juga saling
berkongsi rahsia diri baik apa saja.

"Kalau tidak cerita dengan Abang Chik, lambat laun dia tahu juga," kata
Zaquan Adha sambil tergelak.

Walaupun jelas masih keletihan kerana baru pulang dari India, perasaan itu
diketepikan mereka. Cerita Zaquan Adha, jadual harian mereka berdua agak
padat sejak akhir-akhir ini kerana terbabit dengan beberapa perlawanan
persahabatan bola sepak di luar negara.

Ketika fotografi berlangsung, kembar itu bersama kesebelasan skuad bola
sepak negara baru pulang dari India selepas menentang skuad nasional negara
itu yang berkesudahan seri 1-1. Terdahulu, skuad bawah 23 tahun negara juga
menentang China yang berkesudahan tewas 4-0.

"Walaupun berkesudahan seri dengan India, pendedahan yang diterima banyak
membantu skuad negara dan secara tidak langsung membantu meningkatkan
kedudukan mata bola sepak negara," kata Zaquan Adha yang kini beraksi untuk
skuad Negeri Sembilan.

Mengakui merindui kampung halamannya di Negeri Sembilan, Zaquan Adha berkata
mereka banyak menghabiskan masa bersama di rumah jika mempunyai kelapangan.

Jelasnya, menjadi rutin bagi keluarganya untuk berkumpul bersama membuatkan
hubungan mereka begitu rapat. Jika berkesempatan, beliau tidak akan
berenggang dengan permainan video.

"Jarang sekali kami keluar membeli-belah kerana kesibukan jadual seharian
dan perlawanan bola sepak membuatkan kami tidak berkesempatan berada lama di
rumah. Sebab itu, jika ada kelapangan memang banyak berehat di rumah,"
katanya.

Ditanya kemasyhuran dikecapi mereka pada usia baru 21 tahun, Zaquan Adha
tidak menafikan berasa beruntung kerana pencapaian dan pendedahan yang
diterima selama ini. Sambil menambah, faktor kembar seiras juga secara tidak
langsung menampakkan 'kehadiran' mereka sekali gus mengundang perhatian
ramai.

Malah, kelibat mereka juga sering mencuri perhatian sejak kecil lagi
sehingga masing-masing berkecimpung dalam dunia bola sepak. Secara
kebetulan, baik Aidil Zafuan mahupun Zaquan Adha turut berbakat besar dalam
sukan bola sepak sehingga berjaya menyarungkan jersi kebangsaan.

Mereka berdua juga menjadi penyandang cabaran dan maruah skuad bola Sepak
Negeri Sembilan. Zaquan Adha mengisi cabaran di posisi penyerang, sementara
Aidil Zafuan pula di bahagian pertahanan.

"Bola sepak sememangnya menjadi nadi kami adik-beradik. Memang sejak kecil
lagi memasang angan-angan untuk serius dalam bidang ini. Untuk itu, kami
terpaksa bekerja keras bersama-sama bagi memastikan impian itu terlaksana.

"Syukur, bermula di peringkat sekolah, pemilihan bawah 14 tahun hinggalah
kini di skuad negeri dan negara kami berdua masih sama-sama beraksi dalam
sukan bola sepak," kata Zaquan Adha.

Menyingkap pula cita rasa gaya pasangan kembar ini, ternyata 'ikatan' naluri
keserasian pasangan kembar ini tidak dapat dinafikan. Daripada jenama
pakaian, potongan, malah tempat untuk membeli pakaian juga sama. Hanya warna
membezakan pakaian milik mereka.

Malah, potongan rambut mereka juga serupa!

Mengenai soal penjagaan wajah pula, tanpa berselindung Aidil Zafuan mengakui
dia mengambil berat rutin mencuci wajah dan menyapukan pelembap setiap kali
selepas mandi. Rutin itu tidak pula dilakukan adiknya kerana mengalami
masalah kulit sensitif.

Ketika mengintai soal cinta dan wanita idaman, baik adik mahupun abang
masing-masing seolah-olah tidak mahu bercerita panjang. Sekadar bicara
ringkas mereka berdua inginkan wanita yang sederhana dan paling utama
direstui keluarga.

Malah, jelas mereka berdua faktor populariti tidak banyak mengubah haluan
hidup dan pergaulan di luar. Mereka tetap seperti remaja lain dan melayan
peminat sama rata.

Pantas masa berlalu. Dua jam sesi fotografi itu berlangsung terasa begitu
pantas. Sebelum melangkah pulang, dua kembar istimewa ini sempat berkongsi
angan-angan besar. Abang Chik nekad berhijrah ke Eropah jika berpeluang
manakala Dik Wan mahu menjangkau lebih jauh tanpa sempadan, semata-mata
obsesi diri terhadap sukan bola sepak.

Nantilah dunia, rentak kaki kembar ini di garis permulaan...

5 Soalan - Aidil Zafuan

Wanita pilihan anda?

Menghormati orang tua.

Kegemaran anda waktu lapang?

Tidur!

Ungkapan yang mewakili personaliti anda?

Seorang yang sederhana dan pendiam.

Waktu sesuai menamatkan zaman bujang?

Serahkan saja pada ketentuan Ilahi. Apabila sampai masa saya tetap akan
berkahwin.

Rahsia anda?

Tiada rahsia.

INFO:

* Bakal berusia 21 tahun pada 3 Ogos ini.
* Tinggi 175 sentimeter dan berat 75 kilogram.
* Lebih dulu berkecimpung dalam sukan bola sepak berbanding Zaquan
Adha.
* Agak pendiam.
* Mengagumi Datuk Soh Chin Aun sebagai idola dalam bola sepak
tempatan.

5 Soalan - Zaquan Adha

Wanita pilihan anda?

Tidak terlalu memilih. Asalkan keluarga menerima dirinya seadanya.

Cerewetkah anda?

Saya hanya cerewet apabila tiba waktu berbelanja. Pada saya, berbelanja
benda yang perlu saja.

Kepakaran anda yang mungkin orang lain tidak tahu?

Saya bolehlah memasak sedikit-sedikit. Setakat lauk kari, bolehlah.

Waktu sesuai menamatkan zaman bujang?

Setakat ini tidak memikirkan soal itu dan tidak meletakkan sasaran untuk
mengakhiri zaman bujang.

Hobi anda?

Mengumpulkan barangan Coca-Cola dari pelbagai negara.

INFO:

* Lahir dua minit lewat daripada Aidil Zafuan.
* Memiliki berat 73 kilogram dan ketinggian 174 sentimeter.
* Karektor 'gila-gila'.
* Memiliki tahi lalat di bahagian pipi kanan.
* Idola bola sepak Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari dan Christiano
Ronaldo.

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Finance

It's Now Personal

Guides, news,

advice & more.

Yahoo! Search

Try a shortcut

Get local weather

faster.

Y! Messenger

Instant hello

Chat in real-time

with your friends.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web