AFC News

FIFA.com - Latest News

Chelsea rebah di kaki Van Persie

LONDON: Arsenal menumbangkan pendahulu bola sepak Liga Perdana England, Chelsea di Stamford Bridge selepas dua gol Robin van Persie membantu skuad Gunners itu menang 2-1, malam tadi.

Terdahulu, gol sendiri tonggak pertahanan Arsenal, Johan Djourou membolehkan Chelsea mendahului saingan pada minit ke-31.

Bagaimanapun Van Persie menyumbat dua gol dalam tempoh tiga minit pada babak kedua untuk menghidupkan kembali peluang Arsenal memburu kejuaraan liga musim ini.

Ini merupakan kekalahan kedua Chelsea di gelanggang sendiri, malah mereka terpaksa melepaskan takhta pendahulu kepada Liverpool jika skuad The Reds itu menang ke atas West Ham dalam perlawanan lewat pagi ini. / AFP


Van Persie sumbat dua gol