AFC News

FIFA.com - Latest News

Sedia berkorban

Frank Lampard tanpa ragu-ragu mengakui dia bakal berdepan cabaran besar sama ada ketika mewakili England atau Chelsea musim ini.

Walaupun isu kontraknya berjaya diselesaikan, pemain berusia 30 tahun itu kini mampu menarik nafas lega di bawah kendalian pengurus Luiz Felipe Scolari di Stamford Bridge.

Aksi konsistennya bersama Chelsea pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menjaringkan lima gol setakat ini nyata memberi impak positif terhadap tugasnya di England.

Lampard mempamerkan aksi memberangsangkan di peringkat antarabangsa ketika membantu England menundukkan Croatia 4-1 di Zagreb bulan lalu.

Pengurus dari Itali itu akan menggandingkan Lampard dengan ketua pasukan Liverpool Steven Gerrard di bahagian tengah apabila melayan kunjungan Kazakhstan di Wembley Sabtu ini.

Ekoran kekecewaan kerana tersingkir keluar pada saingan Euro 2008, Lampard mendedahkan dia kini lebih bersemangat untuk kembali ke Stamford Bridge dan bersedia untuk melakukan kejutan.

“Saya amat fokus tahun ini dan ingin memperbaiki kelemahan dari semasa ke semasa.

“Keseluruhan isi kontrak nyata membebankan saya. Bukan saya sahaja yang akan bosan membacanya malah sesiapa sahaja akan
berasa sedemikian.

“Scolari membawa nafas baru kepada Chelsea dan saya mula berasa fokus dan yakin. Apabila saya berasa begitu, saya percaya boleh
bangkit semula. Kami mempamerkan persembahan mantap dan saya amat terhibur,” kata Lampard.

Melihat kepada kualiti yang ada pada setiap pemain England, Lampard percaya dia dan Gerrard mampu menghasilkan gandingan berbisa.

Pada masa sama, Lampard mengakui mereka begitu teruja untuk mewakili negara dan ingin mempamerkan aksi cemerlang.

Tambahnya, England kini berada pada situasi yang lebih baik dan perlu mempertahankan kemenangan ke atas Kazakhstan untuk
melepasi kelayakan Piala Dunia 2010.

Lampard, 30, yang pernah dikritik suatu ketika dahulu percaya England memiliki segalanya termasuk pemain-pemain hebat untuk mencipta kemenangan di hadapan para penyokong sendiri kelak.