|
LAUSANNE, Switzerland - Portugal berjaya menjinakkan Afrika Selatan, 2-0 dalam perlawanan persahabatan semalam sekali gus mencapai matlamat untuk memperoleh gol dan menambah keyakinan mereka ekoran kekecewaan pada kempen Piala Dunia yang sedang berlangsung.
Tidak menjaringkan sebarang gol dalam tiga perlawanan kelayakan, namun pada perlawanan itu, Portugal berjaya mendahului selepas Bruno Alves menjaringkan gol pada minit ke-7 malah penyerang mereka, Edinho turut menambah jaringan kedua dalam minit ke-56.
Jurulatih Portugal, Carlos Quieroz berkata dia gembira dengan reaksi pasukannya selepas tiada gol pada perlawanan Piala Dunia menentang Sweden, Sabtu lalu.
''Pemain-pemain sangat hebat. Mereka komited untuk mendapatkan gol kepada pasukan.
''Apabila anda menjaringkan gol awal, ia akan memberi lebih keyakinan. Itu turut memaksa pasukan lain mengambil risiko dan memberi peluang pada kami untuk lebih senang bermain,'' kata Quieroz.
Separuh akhir Piala Dunia 2006 menyaksikan pemain terbaik dunia, Cristiano Ronaldo hanya memanaskan bangku pemain simpanan sehingga jaringan terikat 2-0.
Kini, Portugal dilihat tidak begitu bermasalah dengan persaingan dengan Afrika Selatan yang akan menganjurkan kejohanan Piala Dunia 2010 itu.
Pada perlawanan itu, Quieroz mengarahkan pasukannya untuk menyerang awal dan turut mengekalkan Nani sebagai pemain sayap kanan.
Deco telah menghantar bola menerusi sepakan silang daripada penjuru kedua di kiri kepada pemain pertahanan, Alves yang kemudiannya menanduk masuk bola ke gawang gol.
Di tengah-tengah permainan separuh masa, Deco sekali lagi membuat tendangan percuma dan menghantar ke Edinho namun tendangan itu tersasar daripada pintu gol.
Pemain tengah, Maniche juga cuba untuk memberi tekanan berterusan dengan percubaan jaringan sejauh 20 meter dari gawang lawan.
Peluang terbaik Afrika Selatan untuk menyerang balas pula tiba sebelum perlawanan berhenti rehat tetapi Bernard Parker mensia-siakan peluang untuk satu jaringan sejauh 15 meter selepas membuat sepakan lemah.
Selepas 56 minit perlawanan berlangsung, tandukan jarak dekat berjaya dikeluarkan oleh penjaga gol, Itumeleng Khune namun sepakan sudut Deco berjaya melepasi benteng pertahanan untuk Edinho melakukan sepakan separa tinggi di penghujung gawang.
Sementara itu, jurulatih Afrika Selatan berkata, pemainnya harus memfokuskan permainan di bahagian penjuru dan bermain dengan aksi lebih bertenaga.
''Pasukan akan berubah dengan usaha yang lebih keras. Objektif sekarang adalah pengalaman,'
Dalam pada itu, Portugal akan menentang Albania pada kempen kelayakan Piala Dunia, 6 Jun ini bagaimanapun, tertinggal empat mata daripada pendahulu Kumpulan 1 iaitu, Denmak dan Hungary.
Afrika Selatan pula bakal mengadakan perlawanan persahabatan dengan Poland, Jun ini sebagai langkah persediaan perlawanan awal untuk menganjurkan Piala Konfederasi Lapan Negara pada 14 hingga 28 Jun ini. - AP
Blog Archive
Liga Fantasi EPL
Jom join kat http://fantasy.premierleague.com .Kod untuk Bolasepak Pro League 122760-30824 .Jom ramai2 join sebelum sepak mula 16 Ogos 2008 !!!
================================
Ceritakan mengenai pasukan anda, pemain pujaan anda atau apa saja asalkan ia adalah mengenai "BOLASEPAK". Email selain dari sukan bolasepak boleh menyebabkan anda dikenakan KAD KUNING atau MERAH dari group ini !!!.
Join (Email): Bolasepak-subscribe@yahoogroups.com
Laman Group : http://groups.yahoo.com/group/Bolasepak
Laman Web : http://www.bolasepak.pdniaga.com
=============================================
Senarai Web:
http://www.directory.pdniaga.com
http://lovesonglyric.blogspot.com
http://www.delirik.blogspot.com
http://adsadvertising.blogspot.com
http://www.campaign.pdniaga.com
http://www.country.pdniaga.com
http://www.demo.pdniaga.com
http://www.download.pdniaga.com
http://www.lyrics.pdniaga.com
http://www.topkeyword.pdniaga.com
http://interniaga.com/index/
http://www.dir.pdniaga.com
http://www.articles.pdniaga.com
http://www.simple.pdniaga.com
http://video.pdniaga.com
http://www.blog.allmp3file.com
http://www.auto.pdniaga.com
http://www.semasa.pdniaga.com
http://www.empay4u.com
http://www.interniaga.com
http://www.janaiklan.com
http://www.kadkahwin.biz
http://www.kadnama.com
http://www.kaunsel.org
http://www.lirikpopular.com
http://www.myplacelyric.com
http://www.pdniaga.com
http://topmp3video.com
http://waksoya.com
http://allmp3file.com
Change settings via the Web (Yahoo! ID required)
Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional
Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe