AFC News

FIFA.com - Latest News

Habuan RM30,000

GANJARAN RM30,000 menanti pasukan Kelantan sekiranya berjaya membawa pulang Piala FA dalam perlawanan akhir menentang pasukan Selangor, di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Berita gembira itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fattah Mahmood yang berkata imbuhan itu adalah sebahagian sumbangan serta motivasi bagi membakar semangat Red Warriors selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1, di gelanggang lawan Sabtu lalu.

Katanya, kerajaan negeri turut mempertimbangkan imbuhan lain namun ia terpaksa dirahsiakan dan hanya akan diumumkan selepas piala itu berjaya dibawa pulang.

“Ganjaran ini untuk membakar semangat pemain supaya tampil dengan aksi paling cemerlang sekali gus membawa pulang piala berprestij itu,” katanya.