AFC News

FIFA.com - Latest News

Tiga kena bicara

Oleh Lokman Zainal Abidin
lockman@nstp.com.my
Mohamad IV." title="IMBAS KEMBALI...Halim memijak Aidil di Stadium Sultan
Mohamad IV." border="0" height="208" width="300">
IMBAS KEMBALI...Halim memijak Aidil di Stadium Sultan
Mohamad IV.
KHAMIS ini, tiga nama besar yang baru-baru ini mencetuskan pelbagai rasa tidak senang peminat termasuk Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan berdepan perbicaraan Lembaga Disiplin dan Tatatertib badan induk kebangsaan itu.

Penjaga gol Kelantan, Halim Napi berdepan dua dakwaan iaitu menyerang pemain pertahanan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak sejurus selepas permainan berakhir dan mencetus atau merangsang penonton untuk melakukan perkara yang bertentangan dengan peraturan persatuan.

Pengurus skuad Selangor, Zakaria Ab Rahim dan jurulatih KL Plus FC, Mat Zan Mat Aris pula berdepan tuduhan serupa iaitu membuat kenyataan akhbar tanpa mendapat kebenaran dan kelulusan FAM.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ketika ditemui mengesahkan bahawa ketiga-tiga individu berkenaan akan dipanggil untuk berdepan Lembaga Disiplin FAM yang dipengerusikan Kamaruddin Abdullah

“Ketiga-tiga individu itu sudah kami atur untuk menghadapi perbicaraan di hadapan Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM, Khamis ini,” katanya.

Halim sudah digantung sementara oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sejurus selepas kekecohan yang berlaku di Stadium Sultan Mohamad IV, awal bulan ini yang menyaksikan badan induk itu turut dikenakan denda hampir RM100,000 oleh FAM.

Jika didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM atas tuduhan pertama, Halim boleh dikenakan hukuman mengikut peraturan 2.3 iaitu gantung selama tiga bulan dan denda sebanyak RM3,000.

Sekiranya dia didapati bersalah atas pertuduhan kedua pula, Halim yang juga bekas penjaga gol kebangsaan itu boleh dikenakan hukuman mengikut peraturan 15 iaitu digantung selama setahun dan denda sebanyak RM5,000.

Zakaria didakwa kerana beliau membuat kenyataan akhbar yang dianggap FAM sebagai mempersoalkan keputusan badan induk kebangsaan itu berhubung kes jurulatih Felda United, Reduan Abdullah.

Mat Zan pula diheret untuk menghadap Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM selepas beliau melahirkan rasa kesalnya terhadap keputusan Majlis FAM yang menarik semula tiga mata yang dihadiahkan kepada mereka pada perlawanan menentang Kelantan, awal musim lalu.

Jika didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM, kedua-duanya boleh dikenakan hukuman mengikut peraturan 18.1 iaitu gantung selama enam bulan dan denda RM2,000.