AFC News

FIFA.com - Latest News

Saha ubah haluan tinggalkan Old Trafford


SAHA berubah angin dengan menyertai Everton.


LIVERPOOL - Barisan serangan Manchester United kini berdepan tekanan baru ekoran penghijrahan pemainnya, Louis Saha ke Everton semalam.

Saha, 30, bersetuju dengan kontrak dua tahun dan akan melengkapkan perpindahannya ke Goodison Park sekiranya melepasi ujian perubatan.

"Everton bersetuju untuk mendapatkan khidmat Louis Saha dari Manchester United," kata kenyataan kelab itu yang tidak mendedahkan jumlah sebenar pemain tersebut.

"Pemain Perancis itu akan menandatangani kontrak selama dua tahun dengan pilihan satu tahun lagi dan harga yang dirahsiakan.

"Perpindahan ini akan selesai sekiranya dia melepasi ujian perubatan."

Saha telah menjaringkan 42 gol dalam 124 penampilannya bersama United, namun penyerang Perancis itu mengalami beberapa siri kecederaan sejak dua tahun lalu yang memaksanya berehat panjang.

Saha akan menjadi pemain ketiga yang dibawa oleh David Moyes ke Everton minggu ini selepas kelab itu berjaya mendapatkan Lars Jacobsen dan Segundo Castillo. - AFP