AFC News

FIFA.com - Latest News

www.Bolasepak.pdniaga.com Digest Number 1409

Messages In This Digest (1 Message)

Message

1.

wahahahhaa..dream final sekali lagik!!!!

Posted by: "Mohammad Nazri" nazri@rhbinvestmentbank.com

Thu Aug 14, 2008 2:15 am (PDT)


Selangor, Kedah intai final

Date: 13/08/2008

Marlon (kiri) dan Huggins beraksi untuk kali terakhir di Alor Star malam
tadi

SELANGOR 2

(Safee Sali m-18, R Surendren m-92)

JOHOR FC 0

KEDAH 3

(Baddrol Bakhtiar m-25, Marlon James m-40, Khyril Muhymeen Zambri m-77)

TERENGGANU 0

FINAL yang diimpi-impikan oleh banyak pihak yang neutral semakin hampir
menjadi kenyataan apabila Selangor dan Kedah masing-masing mencatat
kemenangan pada separuh akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.

Beraksi di depan penyokong sendiri, juara bertahan Kedah menang
selesa 3-0 ke atas Terengganu dan sudah hampir pasti melangkah ke final
Piala Malaysia buat kali ketiga dalam masa lima tahun.

Selangor pula menewaskan Johor FC 2-0 menerusi jaringan Safee Sali
pada minit ke-18 dan R. Surendren pada minit ke-92.

Pemain muda yang pernah menjalani latihan dengan kelab Liga Perdana
Inggeris Chelsea, Baddrol Bakhtiar, membuka tirai jaringan buat Kedah
pada minit ke-25, sebelum penyerang St Vincent & Grenadines, Marlon
James, menyumbat gol ke-14 secara peribadi sepanjang kempen musim ini
lima minit sebelum rehat.

Jaringan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-77 melengkapkan
kemenangan bergaya buat anak buah Azraai Khor Abdullah yang sudahpun
menjulang Piala FA dan gelaran Liga Super sebelum ini.

Ia sesungguhnya malam yang cukup emosional bagi Marlon dan rakan
senegaranya Cornelius Huggins yang beraksi di Stadium Darulaman buat
kali terakhir malam tadi.

Kedua-duanya dijangka membawa haluan ke Amerika Syarikat sesudah
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan larangan terhadap
penggunaan pemain import buat musim 2009.

Diiringi rakan-rakan sepasukan, termasuk Nelson San Martin dari
Chile, Marlon dan Huggins, yang lebih dikenali sebagai Outlaw,
mengelilingi trek sebagai penghormatan terakhir kepada penonton yang
membanjiri stadium berkenaan.

Larian mereka diiringi tepukan gemuruh sebagai tanda terima kasih
penyokong Hijau Kuning kepada sumbangan Huggins yang sudah berada di
Alor Star sejak 2004 dan Marlon yang memperagakan kehebatan menggegar
jaring sepanjang dua musim dengan Kedah.

Bagi Azraai, misi episod pertama berjaya disempurnakan.

"Memang hajat kami ialah menjaringkan gol awal dan mengasak kubu
lawan sambil memaksa mereka bertahan. Kami menentukan tempo permainan
dan seterusnya mengalih tumpuan kepada baki 90 minit perlawanan," kata
Azraai.

Pertemuan separuh akhir kedua buat Selangor dan Johor FC akan diadakan
di Stadium Jcorp, Pasir Gudang pada Sabtu ini manakala Kedah bertandang
ke Terengganu pada Ahad.

Copyright FAM 2008. All rights reserved.

DISCLAIMER

This message may contain confidential and privileged information for its intended recipient(s) only. If you are not an intended recipient, you are hereby notified that any review, dissemination and distribution, printing or copying of this message or any part thereof is strictly prohibited. Please delete the entire message and inform the sender of the error. Any opinions, conclusions and other information in this message that are unrelated to official business of RHB Banking Group are those of the individual sender and shall be understood as neither explicitly given nor endorsed by RHB Banking Group. RHB Banking Group shall not be liable for any loss or damage caused by viruses transmitted by this e-mail or its attachments. Further, RHB Banking Group is also not responsible for any unauthorised changes made to the information or the effect thereto.
Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Start Searching

Find everything

you're looking for.

Yahoo! Finance

It's Now Personal

Guides, news,

advice & more.

Check out the

Y! Groups blog

Stay up to speed

on all things Groups!

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web