AFC News

FIFA.com - Latest News

Wright-Phillips sertai City


WRIGHT-PHILLIPS (kiri) kembali menyarung jersi City selepas tiga tahun beraksi di Stamford Bridge.


LONDON - Manchester City akhirnya berjaya mendapatkan semula bekas pemainnya, Shaun Wright-Phillips daripada Chelsea dengan harga sekitar 9 juta pound (RM55.8 juta).

Pemain berusia 26 tahun itu melepasi ujian perubatan pagi kelmarin dan bersetuju dengan kontrak empat tahun untuk beraksi bersama bekas kelabnya itu.

"Jelas sekali saya gembira untuk kembali ke City dan tidak sabar untuk mula beraksi buat mereka," jelas Wright-Phillips yang mula menyertai Chelsea tiga tahun lalu.

Bagi Mark Hughes, kejayaan membawa balik pemain sayap itu adalah satu berita yang menggembirakan buat pasukannya.

"Saya memang meminati gaya permainannya dan pemain itu telah menjadi buruan saya sejak kali pertama saya dilantik sebagai pengurus kelab ini," kata Hughes.

"Mendapatkan kembali khidmat Shaun adalah sesuatu yang baik bagi kami dan saya pasti peminat akan teruja dengan kehadirannya ke Manchester City." - Agensi