AFC News

FIFA.com - Latest News

www.Bolasepak.pdniaga.com Digest Number 1410

Messages In This Digest (1 Message)

Message

1a.

Re: wahahahhaa..dream final sekali lagik!!!!

Posted by: "PD Niaga" pdniaga@gmail.com   pdniaga

Mon Aug 18, 2008 2:47 am (PDT)

Sibuk skng ni nak lyn pila Malaysia
Layan olimpik la ... hahaha
Mandangkan aku berulang dok kedah
Aku sokong la hijau kuning
hahaha

-----Original Message-----
From: Bolasepak@yahoogroups.com [mailto:Bolasepak@yahoogroups.com] On Behalf
Of Mohammad Nazri
Sent: Thursday, August 14, 2008 5:17 PM
To: Bolasepak@yahoogroups.com
Subject: www.Bolasepak.pdniaga.com wahahahhaa..dream final sekali lagik!!!!
Importance: High

Selangor, Kedah intai final

Date: 13/08/2008

Marlon (kiri) dan Huggins beraksi untuk kali terakhir di Alor Star malam
tadi

SELANGOR 2

(Safee Sali m-18, R Surendren m-92)

JOHOR FC 0

KEDAH 3

(Baddrol Bakhtiar m-25, Marlon James m-40, Khyril Muhymeen Zambri m-77)

TERENGGANU 0

FINAL yang diimpi-impikan oleh banyak pihak yang neutral semakin hampir
menjadi kenyataan apabila Selangor dan Kedah masing-masing mencatat
kemenangan pada separuh akhir pertama Piala Malaysia malam tadi.

Beraksi di depan penyokong sendiri, juara bertahan Kedah menang selesa
3-0 ke atas Terengganu dan sudah hampir pasti melangkah ke final Piala
Malaysia buat kali ketiga dalam masa lima tahun.

Selangor pula menewaskan Johor FC 2-0 menerusi jaringan Safee Sali pada
minit ke-18 dan R. Surendren pada minit ke-92.

Pemain muda yang pernah menjalani latihan dengan kelab Liga Perdana
Inggeris Chelsea, Baddrol Bakhtiar, membuka tirai jaringan buat Kedah pada
minit ke-25, sebelum penyerang St Vincent & Grenadines, Marlon James,
menyumbat gol ke-14 secara peribadi sepanjang kempen musim ini lima minit
sebelum rehat.

Jaringan Khyril Muhymeen Zambri pada minit ke-77 melengkapkan kemenangan
bergaya buat anak buah Azraai Khor Abdullah yang sudahpun menjulang Piala FA
dan gelaran Liga Super sebelum ini.

Ia sesungguhnya malam yang cukup emosional bagi Marlon dan rakan
senegaranya Cornelius Huggins yang beraksi di Stadium Darulaman buat kali
terakhir malam tadi.

Kedua-duanya dijangka membawa haluan ke Amerika Syarikat sesudah
Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengenakan larangan terhadap penggunaan
pemain import buat musim 2009.

Diiringi rakan-rakan sepasukan, termasuk Nelson San Martin dari Chile,
Marlon dan Huggins, yang lebih dikenali sebagai Outlaw, mengelilingi trek
sebagai penghormatan terakhir kepada penonton yang membanjiri stadium
berkenaan.

Larian mereka diiringi tepukan gemuruh sebagai tanda terima kasih
penyokong Hijau Kuning kepada sumbangan Huggins yang sudah berada di Alor
Star sejak 2004 dan Marlon yang memperagakan kehebatan menggegar jaring
sepanjang dua musim dengan Kedah.

Bagi Azraai, misi episod pertama berjaya disempurnakan.

"Memang hajat kami ialah menjaringkan gol awal dan mengasak kubu lawan
sambil memaksa mereka bertahan. Kami menentukan tempo permainan dan
seterusnya mengalih tumpuan kepada baki 90 minit perlawanan," kata Azraai.

Pertemuan separuh akhir kedua buat Selangor dan Johor FC akan diadakan di
Stadium Jcorp, Pasir Gudang pada Sabtu ini manakala Kedah bertandang ke
Terengganu pada Ahad.

Copyright FAM 2008. All rights reserved.

DISCLAIMER

This message may contain confidential and privileged information for its
intended recipient(s) only. If you are not an intended recipient, you are
hereby notified that any review, dissemination and distribution, printing or
copying of this message or any part thereof is strictly prohibited. Please
delete the entire message and inform the sender of the error. Any opinions,
conclusions and other information in this message that are unrelated to
official business of RHB Banking Group are those of the individual sender
and shall be understood as neither explicitly given nor endorsed by RHB
Banking Group. RHB Banking Group shall not be liable for any loss or damage
caused by viruses transmitted by this e-mail or its attachments. Further,
RHB Banking Group is also not responsible for any unauthorised changes made
to the information or the effect thereto.


No virus found in this incoming message.
Checked by AVG - http://www.avg.com
Version: 8.0.138 / Virus Database: 270.6.4/1617 - Release Date: 8/17/2008
12:58 PM

Recent Activity
Visit Your Group
Yahoo! Search

Find it faster

with Yahoo!

shortcuts.

Yahoo! Finance

It's Now Personal

Guides, news,

advice & more.

Yahoo! Groups

Familyographer Zone

Learn how to take

great pictures.

Need to Reply?

Click one of the "Reply" links to respond to a specific message in the Daily Digest.

Create New Topic | Visit Your Group on the Web