AFC News

FIFA.com - Latest News

Chelsea waspada ancaman Arsenal di Stamford Bridge




LONDON - Pemain tengah Chelsea, Michael Ballack (gambar) mengingatkan rakan sepasukannya agar lebih waspada dengan ancaman Arsenal apabila kedua-dua pasukan berentap pada aksi Liga Perdana England di Stamford Bridge esok.

Jelas Ballack, krisis dalaman yang kini menghantui Arsenal mampu memberi keyakinan luar biasa kepada skuad The Gunners itu untuk membenam cabaran The Blues.

Terdahulu, tonggak pertahanan, William Gallas dilucutkan jawatannya sebagai kapten Arsenal ekoran kritikan terbuka yang dibuat bintang antarabangsa Perancis itu terhadap rakan sepasukannya minggu lalu.

Bagi Chelsea, mereka memerlukan kemenangan di gelanggang sendiri esok untuk melebarkan kedudukan selaku pendahulu, sekali gus menyekat peluang Arsenal untuk bergelar juara liga musim ini.

Begitupun, Ballack mengakui bahawa situasi genting yang menimpa Arsenal sebenarnya adalah ancaman paling getir buat The Blues.

"Kami harap kami boleh menewaskan mereka (Arsenal)," jelas kapten skuad kebangsaan Jerman itu.

"Arsenal kini berdepan pelbagai masalah tetapi ia tetap memberi ancaman kepada kami buat masa ini.

"Kami perlu sedar bahawa Arsenal adalah kelab yang berbahaya lebih-lebih lagi selepas kami mencatat keputusan seri dengan Bordeaux (pada aksi Liga Juara-Juara)."

Dalam pada itu, pengurus Chelsea, Luiz Felipe Scolari tidak akan menghukum penyerangnya, Didier Drogba.

Sebelum ini, laman web Gazzetta dello Sport melaporkan bahawa penyerang antarabangsa Ivory Coast itu telah mengadakan pertemuan dengan pengawai kelab Inter Milan.

Drogba dilaporkan telah berjumpa dengan pengarah sukan Inter, Marco Branca dan Jorge Mendes, ejen kepada pengurus Inter, Jose Mourinho.

Mengukuhkan lagi laporan tersebut apabila Drogba sendiri membayangkan bahawa dia mungkin akan meninggalkan Stamford Bridge.

Namun, Scolari yang mula membimbing Chelsea pada awal musim ini tidak berhajat mengadakan sebarang pertemuan khas de ngan Droga bagi membincangkan isu ber kenaan.

Bagi Scolari, dia percaya Drogba masih mempunyai komitmen dengan pendahulu Liga Perdana England itu walaupun pemain itu dikenakan penggantungan tiga perlawanan ekoran insiden membaling duit syiling kepada penyokong Burnley awal bulan ini.

"Saya tidak tahu mengenainya (pertemu an Drogba dengan Inter). Apa yang saya tahu dia tidak akan beraksi minggu ini," jelas Scolari merujuk kepada pertembungan Chelsea dan Arsenal di Stamford Bridge esok. - Agensi